Sunday, May 22, 2011

prevent it

nasib baiklah pemikiran budak2 nie masih ade.bialah orang cakap xmatang pown.tapi sekarang baru aku taw kenapa semua nie terjadi. kenapa aku harus fobia. kenapa aku pernah tinggalkan. kesimpulannya,aku hanya tidak perlu serius.sebab mende nie xkan lama.sebab pengorbanan xde lansung dlam kamus hidup beliau.sebab xperlu pown die lakukan semua tue sebab semua yang terjadi hanyalah lakonan semata2.bukan dari hati.kita hipokrit demi kepentingan masing2.kita ade target masing2.kita hanyalah sementara.senang jew kalau nak tahu aku serius dalam sesuatu hal.aku akan hormat kau dengan satu jew cara.aku xkan terlepas maki kau.aku akan tunduk dengan kata2 kau.tapi aku xlakukan itu kan?sebab aku layan orang dengan cara berlainan.kau deserve or x.simple jew.

memory

kenapa bile kita dengan orang lain tapi kita ingat orang laen?kenapa nak ingat memory yang orang tue xpenah pown hargai?die pown xkesah. padahal kita menyesal sangat sampai kita nak balik memory tue kembali.cara die layan kita.cara dia hormat kita.xkan sama dengan orang laen treat kita.yes mende nie xpatot lansung nak dikenang.tapi kenapalah susah sangat nak cari pengganti yang lebih baik?maksud aku pengganti yang akan buat aku xteringat lansung akan kau!sedangkan kau boleh lupa kenapa tidak aku kan?padahal aku ego kowt.tapi kau jew yang btoi2 knal aku.xyah mention by words lansung.reaksi muka aku pown kau dah taw apa aku nak,ape aku benci.tapi kalau orang lain die cakap aku buat muka BANGANG.even muka bangang pown kau sanggup tanye secara lelok.kau sangat kenal aku.so,bile orang lain cakap die kenal sangat perangai aku.itu hanya lah kau.xkan ade orang lain.kalaulah kau masih ingat akan aku mesti mudah untuk aku cakap terima kasih.

Wednesday, May 4, 2011

setuju

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Tuesday, May 3, 2011

bye usm

yeay da abes final exam means da start cuti 4bulan dan dah abes pown setahun aku bergelar mahasiswa usm untuk tahun pertama.sem 2 tahun pertama memang mencabar.dah la subject killer data structure,discrete maths n mathlab menyebabkan aku sewel.dengan asgmnt n test2 dah taw hancus...paper finak plak.XNAK CAKAP!sedih la...aku just nak lupekan jew semua uh.tadi last paper ialah psycho social.pening n nak muntah ok.sebab 120 objective n bahase aku xpham.ntah pe2.penat aku tembak.sejuk n beku utk 3jam n tergempak bile tetbe "i want be a millionare so freakin bad.....~" rupenye handphone aku lupe nak silent.nasib la pengawas xrampas.sebab kamelia txt aku mase tue.cuak dowh.pastu rushing lek bilik sbb nak kemas barang ibu n ayah da otw.bepeluh2 la.anta kunci aida n makcik kerani xde.so xleh nak bgt aku hilang kunci lagi.yeay nie dah kali kedua ilang.taniah yer.mesti makcik uh maki aku.sekarang aku tunggu wahyu kne denda jela.xkan nak patah balik penang semata2 nak g jumpe makcik kerani uh yang tadi g lunch hour an.