Friday, March 8, 2013

internship life

dikala aku menolak rezeki..tindakan bodoh pasal intern2 ni..dan pelbagai isu jiwa yang menyebabkan aku rasa macam taknak pergi intern. dah la serabut gila dengan project2..final year dan pelbagai masalah yang diuji serentak..akhirnya aku pergi jugak intern.hihi dah sebulan pon..Alhamdulillah

sebenarnya tempat practical aku ni memang terkenal dengan kawasan sesak tahap dewa2.aku nie dah la bawak motor pon tak pernah. memang sengsara lah..tapi aku kentalkan hati redah jugak. macam2 aku tempuh seperti sesat, kene himpit, kene hon, nak jatuh dan macam2 lagi. Actually tengok side mirror pon aku tak reti...sedih gila kehidupan.tapi at least aku belajar hidup berdikari. before gerak pergi kerja aku kene muhasabah diri sejam dan jika nak balik pon kene muhasabah diri sejam..penatnya Allah je tahu..dah la handle motor tu berat lepas tu kene banyak balance..jalan banyak lubang..penat maki kereta lagi...kesimpulannya perjalanan lagi penat dari kerja.

rakan2 yang lain sibuk buat programming..tapi aku sibuk test barang RFID. redha jela.tapi yang bestnya aku selalu tahu sales..memang menggila shopping time takde duet..makan pon mahal kat situ.memang aku tak boleh kerja area situ nanti muflis cepat dah kalau shopping tiap2 hari.

aku ade 5bulan lagi nak hadap..aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan segalanya..dan aku LULUS internship ini. amin.