Monday, May 6, 2013

gigi

ye sekarang bercakap mengenai gigi!
pernahkan anda mencabut gigi walaupon gigi itu sihat sejahtera?biasanya pastilah kalian akan jawab gila apa?

aku pernah okay! dan selepas cabut terasa nak nangis tepi dinding je sambil jerit sakit! sakit! ...motif cabut adalah disebabkan braces..before buat mestilah kene survey harga..dan aku dah survey banyak gila klinik swasta...even dah jumpe several klinik yang harga okay tapi masalah aku ialah aku nak monthly check every saturday..kerana aku masih student yang ada kesukaran untuk pulang weekdays ke kuala lumpur.saturday tu pon susah actually aku nak balik..tapi boleh iktiar.

klinik2 yang aku survey oncall ialah

  • klinik Rosni Adam - rm4500++ , downpayment rm2500 , cabut satu batang gigi rm60-rm80, weekend bukak (untuk braces kene buat appointment sbb doc braces 1sekali je ada...kemudian kalau monthly appointment pon kene ikot jadual doc..so,even aku dah berkenan dengan klinik ni tapi problemnya ialah sbb aku still study and tak semestinya kalau doc tu available aku available jugak..buatnya time tu final..pengsan!)
  • Klinik pergigian Noris- rm6500++, 1batang gigi rm60-70, xray tempat lain, consult dan mould rm100, downpayment rm1500
  • klinik Yohani - rm4500++ downpayment rm1500, cabut gigi rm60++, sabtu takde doc braces so kene datang mana2 weekdays( still problem untuk aku as student yang kelas weekdays ye) xray tempat lain.
  • klinik pergigian AU Dental- okay klinik ni cakap kalau nak buat braces kena buat kat klinik dalam Careffour Sri Petaling tu...yang paling murah pon rm6000 kowt
  • klinik Su dan Tan- rm4000++, downpayment rm1000, rm80++ utk cabut sebatang gigi, sabtu bukak halfday and boleh ikot masa patient.(ada yang cakap doc dia ganas tapi dah kalau klinik ni je menepati waktu aku macam mana kan?hadap jela)
[actually oncall ni just random price yang dorang boleh inform sbb harga sebenar doc yg declare lepas die check keadaan gigi...so harga2 itu biasanya paling rendah assistant dorang cakap..tapi dah consult mestilah mahalkan]


okay cerita pula pasal cabut gigi. selepas mould di klinik Su & Tan dia cakap aku tak perlu cabut gigi sebab die kata nanti terlampau banyak ruang. aku plak fikir..huish tak boleh nanti macam baik tak payah pakai..buat rugi duet je.then aku dengan confident cakap..'perlu cabut kowt' dan aku beriya jugak debate skit..sehingga doc Su cakap okay kalau nak cabut2la sekarang.okay terus beku otak. 'kalau cabut atas je boleh tak?' dia jawab tak boleh nanti tak balance..dan sekali lagi aku cakap 'saya taknak cabut sini saya nak cabut kat klinik kerajaan sbb murah'..(gila apa cabut kat situ rm80 1batang) doc tu buat muka bengang tapi die buat cool 'okay kalau macam tu i bagi surat'. lepas dia bagi surat aku terus pergi klinik kerajaan di Bandar Tun Razak yg buka dari 8 am-12pm. Pendaftaran rm1 dan jika cabut gigi rm1.pada 19april tu doc lelaki. dia bius dahulu dan aku tunggu luar sambil mulut dah bengkak macam Angelina Jolie.kemain nervous lepas selang dua number barulah aku dipanggil cabut gigi belah atas kanan. okay bengkak nie sampai ke office ye..lama jugak.sampai office aku kumuh dan darah tak berhenti..so aku stop kumuh.dan pakai je kain kasa kecil itu bagi tak berdarah..pening sebab darah banyak tadi.makan pon bubur je masa lunch.hari. Pada 22april pegi cabut lagi belah bawah kanan. dan doc ni sangat ganas..sbb dia tekan urat aku..masa tu aku takle nak cakap sangat sbb bius banyak sampai mulut bengkak teruk..badan aku keras sbb tahan sakit.lepas tu kene marahla sbb aku kene relax patotnya.okay sakit urat kene tekan sampai aku demam panas okay...haritu aku buat half day je sbb aku dah menggigil dan termenung kat tangga office..sejuk gila plak..rasa macam kat antartika..okay perasaan demam panas sbb sakit urat nie..hanya mereka yg pernah rasa je akan faham!.Pada 23april aku mc sbb demam menggigil2..1st time demam sakit urat dan menggigil teruk. tapi aku pergi jugak klinik nak cabut gigi sbb nak cabut cepat..seksa okay makan tanpa gigi. aku cabut belah kiri atas pula..dan doc ni plak pergi cabut sampai gigi aku patah tang urat tu..aduhai menyusahkan dan die suruh bagitahu doc Su. nurse tu pon tanya tak sakit ke cabut hari2...aku nak je jawab derita nurse rasa macam nak nangis hari2 dan sangat fobia...tapi aku jawab sakit je..bajet cool padahal tak cool pon.Pada 30april aku pergi cabut gigi lagi...yang terakhir iaitu bawah kiri. doc yang patahkan gigi tu jugak rupanya.aku dah risau dan agak gigil la.dan dia fobia jugak rupanya dan dia panggil doc lain tolong cabutkan..amboi ramai jugak dalam bilik tu..dan macam buat experiment
lepas bayar nurse peramah tu cakap 'okay dah habis cabut gigi'...aku tanya plak kalau gigi yang patah ni kene buat operation sini boleh buat ke?dia kata boleh tapi rm50..mak ai gitu.kalau siapa ada kad pesara boleh tapi anak tu harus 21 tahun kebwah dan boleh dapat free.
okay total rm8 utk 4batang gigi.
Pada 27april aku jumpa doc Su dan cakap gigi patah dan die marah gila ..cakap doc kerajaan tu tak reti cabut gigi ke? doc baru ke? dan macam2 lagi..die suruh aku buat operation..damn kene belah2 gusi bagai..seram..
aku balik dan serabut sbb memikirkan doc yg mematahkan gigi tue...geram sangat.dielah punca.
aku tidur sbb serabut dan tiba2 doc Su call cakap jangan bagi doc kerajaan belah banyak gusi..sikit je..aku dalam mamai2 pon cakap 'saya ada amik gigi nak tengok tak?'..dia tanya 'takpe ke kalau u nak datang balik?' aku kata boleh je...aku pon basuh muka skit terus gerak sbb masa tu pukul 3 dan klinik dia bukak half day je..aku sampai2 tunggu berzaan jugak sbb ada ramai patient.lepas tu dapat jumpa dia tengok gigi tu dan cakap 'kalau buat operation memang tak berbaloi... tunggu 2bulan.tengok gigi tu jatuh sendiri tak'.dan aku dengan mamai tak paham...aku cakap dengan staff dia aku buat operation jela..malas nak tunggu 2bulan tanpa gigi seksa..kalau gusi aku dah sembuh macam mana gigi tu nak keluar kan..aku pikir logik!
29april aku pergi klinik kerajaan semula dan nurse tu cakap 'aik takkan na cabut gigi lagi?'aku cakap nak buat operation...dia pon bagila number giliran...aku pon bayarla rm1. doc ni doc yg diimport ketika doc yg mematahkan gigi aku tu fobia...5kali  no aku dipanggil sbb aku disuruh keluar masuk untuk di check....di x-ray..di check..dibius..dan di rabakkan gusi...mesti ramai bengang asyik no aku je dipanggil ...doc tu cakap die dah potong gusi dan gigi yg patah tu takde pon effects..walaupon masa x-ray macam ada akar lagi( actually aku tak paham!) yang aku paham...'awak dah boleh proceedlah'...aku tanya tak payah tunggu 2bulan ke?tak payah operation?...die cakap tak perlu..so esoknya aku jumpa doc Su..lepas buat appointment dan aku tak cerita pon pasal gusi dirabakkan namun die teruskan dengan braces. pakai braces nie pon seksa jugak...dahla gusi aku banyak ulser sbb tak reti kunyah lepas takde gigi 4batang tu.... masa buat braces memang slumber die tekan ulser..katanya sejam tapi nak dekat 2jam gak...kali ni mulut memang rabak teruk...dengan rasa macam kene simbah asid lagi...lembiklah jugak aku berjam2 nganga je..

kalau ada orang tanya sakit tak?
jawapan die...sakit yang amat..derita..seksa jiwa batin!

mungkin awal2 ni je yang derita...tapi  memang hilang selera makan nak dekat sebulan dah..makin kuruslah..

Friday, May 3, 2013

purse

ye aku ni selalu kene ganti purse...tak tahulah kenapa malang je purse tak tahan lama.
aku dah pakai 3kali purse Roxy tapi mesti koyak rabak kulitnya...takdenya lebih setahun...purse Charles n Keith pon aku beli macam tu jugak..tapi haritu survey untuk musim summer semua colour block..tak minat..tapi boleh pulak termimpi2 1purse tu..hahhah buruk2 tapi mimpi jugak...kecian aku!
puya suruh beli purse pasar malam je...dia kata tahan dah 2tahun...
esoknya pergi balik ngan puya dan survey kat MNG(Semua buruk) dan Roxy(ada gak cun2 tapi warna kuning paling cun dan aku tak suka kuning..so taknak)aku pon pergila Charles n Keith beli purse yang aku mimpi2 tu...hahahha
so aku nak countdown berapa abad pula bertahan..