Thursday, May 7, 2015

Selamat Tinggal Penang

Universiti
Tamat sahaja pengajian diploma...aku melanjutkan pelajaran seterusnya... dikala ramai cakap untunglah jadi budak APEX (mula2 masuk apa siot dorang cakap...) kemudian  sepanjang orientasi kami diterangkan dengan makna APEX barulah kami disemai dengan perasaan bangga jadi student APEX..

Graduate
Tapi bukan mudah ye nak pegang title tu..kami sebagai student menangis2 pulun bagai nak capai pointer yg jauh beza dengan universiti lain. Sebenarnya jauh disudut hati APEX =  BEBAN.
4tahun mengaji sebagai computer science student tu tak indah mana pon jika dibanding dengan penderitaan kami...setiap sem menangis sampai bengkak2 mata...setakat pegang status P1 tu adalah normal..tukar course ke..repeat paper...repeat sem...itu semua adalah ADAT!
Apa yg penting dapat grad = dapat grad tu umpama bulan jatuh ke riba taw!

Cahaya Gemilang
Ini hostel kesayangan.Roomate dengan aida best selama 3tahun. Kami selalu gelak kuat,sembang sampai subuh, nangis sama2, wrestling, buat riuh dan banyak buat benda memalukan bersama. 1st kesalahan kami ialah hari pertama orientasi kami bangun lambat sejam. Pastu beratur dan buat muka tak bersalah.haha. Apa yg best kat CG = auntie masak sedap dan murah. Hostel pon cun la jugak.

Jejans & i
Abam mus tu senior masa diploma. nasib la baik jugak dengan budak surau ni.tapi beliau bertukar.haha. Lepas tu kami buat geng budak dip plak sebab kami semua nak transfer credit tapi gagal sbb school ni strict bebenor...so sejak tu la jadi geng...kemudian geng gadis2 plak tukar course beramai2 terutama ame dan nuon. Cis!
maka sendula aku sesorang dan nasib ada jejans. So, sepanjang belajar memang geng dengan dorang jela...kepada awek2 mereka memang tak perlu risau sebab aku pernah cakap kalau jejans bogel pon aku takde nafsu nak tengok...
Kutuk sesama sendiri adalah perkara biasa malah hina secara berhadapan pon takde hal...nampak tak kami kental. Kami banyak buat benda bersama so setakat makian bertubi2 tu takdenya simpan dalam.Terima kasih uolls sebab selalu tolong aku sepanjang belajar.

FYP
Ingatkan buat research paper lagi okay dari project.Malangnya lagi derita.FYP paling banyak tangisan dan macam hari2 jugak nangis sebab selalu down lepas jumpa examiner dan expectation dorang power sangat. Alhamdullilah result FYP okay dan paper aku selamat di publish...bangga iolls.

1st job
ini epic. lepas habis final exam tahun 4, dah berjanji taw taknak datang penang dah sebab taknak hitamkan diri.Namun, apakan daya 6 bulan jugak kerja disana. nasib masih ada geng so best la jugak.Tapi setiap kali orang tanya asal mana mesti mereka pertikai kenapa tak cari kerja di kl...itu yg menyampah nak jawab!
Tapi 1st job environment sangat best cuma kerja je derita.tapi takpe pengalaman.

Harap kali ini betul2 aku ucap selamat tinggal untuk penang...nanti aku datang bila jejans kahwin sebab kalau dorang tak datang kenduri aku memang putus kawan! hehehe. So sebelum datang kenduri mereka lagi sempat la nak memutihkan kulit kembali.


Reactions:

0 kaki bodek: